BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 6, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2010

Assalamualaikum....
Saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua calon PMR pada tahun ini
dan semoga kalian dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperoleh keputusan yang baik sejajar dengan usaha kalian.

Bittaufiq wan Najah. Insya-Allah.

Sunday, March 28, 2010

KHASIAT LEMON

Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .














Sumber daripada : http://petairis.wordpress.com/2008/02/21/khasiat-buah/

Monday, March 1, 2010

URL artikel berkaitan penggunaan teknologi maklumat dalam Pendidikan Islam yang baru

Makluman kepada semua rakan-rakan Diploma YIK Kohort 2, URL artikel saya telah ditukar kerana URL lama tidak dapat dilayari.

Oleh itu, silalah layari URL di bawah untuk memberi komen anda.

http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

SINOPSIS URL sebagaimana berikut :

Tajuk: Aplikasi IT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Artikel ini menjelaskan bagaimana perkembangan teknologi maklumat dapat membantu guru memudahkan pengajarannya dan seterusnya memberi pelbagai teknik pembelajaran kepada para pelajar. Guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan berbantukan komputer memandangkan ianya lebih cepat dan lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran tradisional.
Pelajar juga akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi untuk belajar dan merasa seronok dengan pembelajaran mereka selain dapat mengulangi pembelajaran tersebut sehingga mereka faham. Mereka juga dapat menggunakan pelbagai deria semasa sesi pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan pemantau sahaja.
Penggunaan komputer juga mempercepatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu hukum yang dipelajari dalam Pendidikan Islam selain dapat membantu guru menerangkan sesuatu yang abstrak dan sukar diterangkan dengan lisan.
Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat boleh digunakan seoptima mungkin untuk membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.   

Friday, February 19, 2010

Muka Depan Buletin Persatuan Bahasa Arab Ahmadiah, Banggol Judah

Thursday, February 11, 2010

URL untuk rujukan cara yang betul buat rujukan style APA

URL ini diharap dapat membantu rakan-rakan menyediakan rujukan assignment dengan cara tepat seperti kehendak para pensyarah....

http://74.125.155.132/search?q=cache:JzqkrbulNikJ:www.lib.uum.edu.my/LibTutor/Penulisan%2520Bibliografi%2520APA.ppt+APA+style+untuk+nama+Melayu&cd=5&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a

Friday, February 5, 2010

Let's do our best!

I hope that all of us will do our best for the coming examination as the exam is almost around the corner. Before that, let's pray for our lecturer's Mr Shuhaili wellness and hopefully he'll be able to walk and laugh again, Ameen.

Sunday, January 10, 2010

URL pasal komputer dalam pendidikan

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

URL ini adalah berkaitan ASAS MULTIMEDIA & APLIKASINYA DALAM PENDIDIKAN

Serba sedikit sinopsisnya....

Penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah suatu interaksi dua hala iaitu antara guru dan pelajar. Ia juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan menggunakan pelbagai kaedah  untuk menyampaikan maklumat selain memudahkan penyimpanan maklumat dalam pembelajaran. Ia juga adalah suatu proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai deria seperti audio, video, grafik, teks dan sebagainya di mana ia melibatkan kemahiran dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Penggunaan multimedia juga adalah suatu pendidikan yang berteraskan alam maya serta suatu kaedah pembelajaran yang berkesan dan fleksibel. Ia juga mudah bagi proses carian dan capaian maklumat selain membekalkan rujukan dan pengukuhan tanpa batasan.

silalah rakan-rakan bagi komen ye!