Makluman kepada semua rakan-rakan Diploma YIK Kohort 2, URL artikel saya telah ditukar kerana URL lama tidak dapat dilayari.
Oleh itu, silalah layari URL di bawah untuk memberi komen anda.
http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam
SINOPSIS URL sebagaimana berikut :
Tajuk: Aplikasi IT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Artikel ini menjelaskan bagaimana perkembangan teknologi maklumat dapat membantu guru memudahkan pengajarannya dan seterusnya memberi pelbagai teknik pembelajaran kepada para pelajar. Guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan berbantukan komputer memandangkan ianya lebih cepat dan lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran tradisional.
Pelajar juga akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi untuk belajar dan merasa seronok dengan pembelajaran mereka selain dapat mengulangi pembelajaran tersebut sehingga mereka faham. Mereka juga dapat menggunakan pelbagai deria semasa sesi pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan pemantau sahaja.
Penggunaan komputer juga mempercepatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu hukum yang dipelajari dalam Pendidikan Islam selain dapat membantu guru menerangkan sesuatu yang abstrak dan sukar diterangkan dengan lisan.
Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat boleh digunakan seoptima mungkin untuk membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Monday, March 1, 2010
URL artikel berkaitan penggunaan teknologi maklumat dalam Pendidikan Islam yang baru
Posted by Siti Asma' bt Zakaria at 3:44 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 comments:
komen saya mengenai url tersebut ialah boleh dirumuskan bahawa agama islam sebenarnya tidak menolak kemajuan sebaliknya kemajuan yang ingin dicapai hendaklah berlandaskan kepada quran dan Hadis.
Post a Comment